STUDIO VIDEO AI KREATIF · MALAYSIA

Jadikan idea anda kepada video yang luar biasa.

Kami bantu hidupkan cerita, jenama dan idea anda melalui visual AI yang kreatif, sinematik dan dibina mengikut tujuan sebenar — bukan sekadar cantik untuk ditonton.

Idea jadi realiti
Visual menarik & profesional
Sesuai untuk pelbagai keperluan
Ruang kerja kreatif sinematik untuk penghasilan video AI Moza Creatives
HASIL KERJA TERPILIH

Cerita yang menghidupkan idea.

Daripada jenama, pendidikan, hiburan hingga kisah peribadi — setiap video dibina dengan tujuan, ritma dan identiti visual yang tersendiri.

FANTASI / BUDAYA

Malaysia di Alam Fantasi

Eksplorasi visual Malaysia yang dibayangkan semula dalam sebuah dunia fantasi.

COMMERCIAL / PRODUK

Pisang Goreng Premium

Produk biasa diberi layanan visual seperti sebuah iklan premium sinematik.

PENDIDIKAN / STORYTELLING

Kenapa Katak Boleh...?

Fakta pendidikan disampaikan melalui watak, dialog dan penceritaan visual.

COMING SOON
CINEMATIC STORYTELLING

Kedai Semalam

Sebuah eksperimen filem pendek tentang kenangan yang boleh dilawati, tetapi tidak boleh diulang.

APA YANG KAMI HASILKAN?

Video untuk pelbagai tujuan.

Moza menggabungkan kreativiti, storytelling dan teknologi AI untuk menghasilkan visual yang lebih unik dan berkesan.

📣

Video Promosi Produk

Tampilkan produk atau servis dengan visual yang lebih menarik dan memorable.

🎬

Penceritaan & Filem Pendek

Cerita pendek, konsep emosi, visual sinematik dan content berasaskan naratif.

🎓

Video Pendidikan

Content penerangan yang lebih mudah difahami, mesra penonton dan menarik.

💛

Video Peribadi

Hari lahir, ulang tahun, ucapan istimewa dan momen yang ingin diabadikan.

💡

Konsep Kreatif

Belum ada idea? Moza boleh bantu bina konsep, jalan cerita dan arah visual dari awal.

HARGA PENGENALAN

Bermula dari RM199

Setiap projek adalah berbeza. Harga akhir ditentukan berdasarkan tahap kesukaran, bilangan scene, consistency watak/produk, audio, effect dan keperluan produksi.

MOZA BASIC

RM199+

Visual ringkas, konsep straightforward dan editing ringan.

MOZA CREATIVE

RM299+

Storytelling, pendidikan, multiple scenes atau character-based content.

MOZA COMMERCIAL

RM449+

Product/brand commercial, cinematic storytelling dan advanced visual direction.

MOZA SIGNATURE

RM799+

High-concept cinematic, continuity kompleks dan advanced AI/VFX.

💡
TIADA IDEA? TAK APA.

Moza boleh bina konsep dari kosong.

Creative Development +RM100–RM300+ termasuk concept development, hook & storyline, script, storyboard simple dan visual direction.

CARA TEMPAHAN

Mudah & ringkas.

Website urus brief dan pembayaran. Perbincangan projek tetap berlaku terus dengan Moza melalui WhatsApp.

01📝

Isi Borang Projek

Beritahu kami tentang idea, tujuan dan format yang anda perlukan.

02💬

Berbincang di WhatsApp

Kami hubungi anda untuk faham projek dan perincikan keperluan.

03📄

Terima Sebut Harga

Harga disahkan selepas skop dan tahap complexity dipersetujui.

04💳

Bayar Deposit 50%

Deposit dibuat melalui link pembayaran projek yang disediakan.

05

Kami Hasilkan Video

Moza mula production selepas deposit dan approval concept diterima.

06

Preview & Bayar Baki

Preview dihantar dengan watermark. Final tanpa watermark selepas baki dijelaskan.

KENAPA PILIH MOZA?

Lebih daripada sekadar video AI.

Kami tak sekadar generate visual. Kami fikir tentang konsep, pacing, emosi, continuity dan bagaimana video itu patut dirasai oleh penonton.

Kreatif & Unik

Setiap projek dibina ikut idea dan tujuan, bukan template yang sama.

Fleksibel

Daripada idea ringkas hingga projek yang memerlukan full creative development.

Sokongan Peribadi

Berurusan terus melalui WhatsApp sepanjang proses projek.

Jelas & Teratur

Skop, harga, revision dan delivery dipersetujui sebelum production bermula.

MULA PROJEK ANDA

Ada idea dalam fikiran?

Isi maklumat ringkas di bawah. Selepas dihantar, anda akan dibawa terus ke WhatsApp bersama ringkasan brief untuk sambung perbincangan.

Nota: Borang ini belum membuat tempahan atau pembayaran. Harga sebenar hanya disahkan selepas skop projek dibincangkan.

Selepas dihantar, ringkasan brief anda akan dibuka di WhatsApp untuk perbincangan lanjut.
FAQ

Soalan yang biasa ditanya.

Berapa lama masa diperlukan untuk siapkan satu video?

Tempoh bergantung kepada complexity, jumlah scene dan keperluan regeneration. Anggaran delivery akan diberikan selepas brief disemak.

Berapa kali revision diberikan?

Setiap projek standard termasuk 1 minor revision. Perubahan concept, storyline, character atau visual direction selepas approval dikira sebagai major revision / scope change.

Boleh minta video dalam 9:16 dan 16:9 sekali?

Boleh. Satu aspect ratio termasuk dalam harga asas. Format tambahan bermula RM30 untuk reframing ringkas dan boleh meningkat jika scene perlu diregenerate atau direcompose.

Macam mana proses pembayaran?

50% deposit diperlukan sebelum production bermula. Preview dihantar dengan watermark. Baki 50% dijelaskan sebelum final HD tanpa watermark dihantar.

Kalau saya tak ada idea langsung?

Moza boleh bantu dari A–Z melalui Creative Development — concept, hook, storyline, script, storyboard simple dan visual direction.

MOZA CREATIVES · AI STUDIO

Idea yang baik layak jadi video yang hebat.

Bila anda sedia, ceritakan apa yang anda bayangkan. Kami bantu ubahkannya menjadi sesuatu yang bernilai untuk ditonton.

Mula Projek Sekarang